Want your
own Fotopage?






 
ABIHAZIM's FotoPage

By: ABI HAZIM

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 17-Jul-2004 00:00 Email | Share | Bookmark
Empangan Hidro Sultan Mahmud - Tasik Kenyir

Empangan Hidro Sultan Mahmud
Pandangan sebelah Tasik Kenyir
Pandangan hilir empangan
Tasik Kenyir
Pandangan Hilir Empangan
Sedutan maklumat mengenai Tasik Kenyir:
"Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang mempunyai keluasan 38,000 hektar dimana terdapat 340 buah pulau didalamnya. Ia merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan keluasannya sehingga ke sempadan Kelantan dan Pahang. Tasik Kenyir mempunyai kedalaman sehingga 155 meter dan anggaran jumlah muatan 13,600 juta meter padu air dimana jumlah air bertakung hidup berjumlah 7,400 juta meter padu. Dengan keluasan kawasan berairnya 369 kilometer persegi, ianya menjadi daya tarikan kepada aktiviti memancing dan bersampan, malah merupakan rempat riadah yang jauh dari kesibukan kota.

Di Tasik Kenyir ini juga terdapat sebuah empangan iaitu Empangan Kenyir yang boleh mengeluarkan 400mw tenaga elektrik untuk dibekalkan keseluruh negara."


Hari ini berkesempatan ke Kuala Berang. Itupun kerana melawat KakLong yang mewakili sekolahnya dalam Pertandingan Nobel Laurette Peringkat Kebangsaan yang diadakan di MRSM Kuala Berang. Selepas berjumpa beliau, kami mengambil kesempatan melihat Empangan Hidro Sultan Mahmud yang terletak kira-kira 12 km dari situ.

Perjalanan yang mengambil kira-kira 10 minit melalui kawasan perkampungan. Selepas mendaftar nama di pos keselamatan, kami mendaki bukit yang curam kira-kira 5 minit untuk sampai ke puncak empangan. Satu komplek empangan yang begitu besar.

Gambar-gambar yang diambil adalah dari puncak empangan. Sebelah kanan adalah sebahagian dari Tasik Kenyir, sementara sebelah kiri pila adalah bahagian bawah empangan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net